Tuesday, 2 August 2016

Membesar

Assalammualaikum.

Apa khabar semua? Sihat? Aku okay jehh sihat alhamdulillah still mantop tip top meletup kebaboom aku memang da boom. Memandangkan aku dah lama gila hanjeng tak update blog aku ni sampai dah masam lemau dah blog ni, aku decide nak tulis la something. Kang tak tulis apa apa, jadi lubuk hantu syaitan duduk buat habitat pulak. Semakin aku besar ni, semakin banyak tempat aku dah sampai. Mesti engkorang semua dalam hati macam 'Aceyhh bajet hari hari vacayyy je' ahh lantak. Korang dengki cakap jela. Takpa nanti aku bawak la korang jalan-jalan. Hm, jalan-jalan dalam mimpi. Kira okay la kan.

So aku baru je habis jawab exam MUET tu. Entahlah band berapa aku nak dapat sebab BI aku ni mat saleh pun dah iktiraf. Diorang iktiraf diorang tak faham sepatah haram aku cakap. Tapi disebabkan aku cool, guwa takda hal beb. Tu semua urusan Tuhan. Yang penting, aku dah usaha tawakal dan tawakal dan banyak bertawakal. Sesudahnya paper Listening, terus aku plan nak keluar keesokkan harinya. And hari yang dirancang itu memang elok menjadi, Alhamdulillah.

Namun begitu, ada satu benda yang paling aku tak puas hati dalam trip aku dengan kengkawan aku ni. Aku pantang betol kalau benda ni jadi. Aku rela lagi kena tikam bertubi tubi dengan sebatang straw dari kena alami benda ni lagi untuk kali kedua. Bila teknologi dah terlampau canggih ni, rasa macam nak balik zaman jepun dulu. Guna toilet cebok tu ha. Baru rasa kepuasan berhadas besar serta berhadas kecil. Ni tak. Kau masuk je jamban zaman sekarang nak cari kepala paip pun ibarat salah satu perkara yang rare. Pleaselah. Ada sesetengah benda tidak perlu dimodenkan sampai keterlaluan. Kalau nak perbaiki sistem perparitan, guwa tak kesah. Tapi masalah dia sekarang kenapa perlu invent suatu jamban yang memancut air keluar dari dalam bowl? Kau confirm ke aim dia tepat? Kalau tersasar? Kau nak tanggung? Jangan sampai aku guna toilet OKU wei. Jangan k jangan.

Kata orang, makin tua makin berakal. Tapi mesti ramai tak pernah dengar kata-kata inikan. Yela. Sebab aku baru je reka benda ni tadi. Suka hati aku la nak tulis apa ni blog aku. So semakin tua, makin banyak benda aku belajar. Makin banyak jenis orang aku jumpak. Kenkadang kita ingat orang tu cool dengan kita tapi rupanya dia tu talam bertalam talam tepung talam pun hado. Kenkadang kita ingat orang tu penjelmaan syaitan tapi dia la makhluk yang nak tolong kau bila kau susah cuma cara dia agak harsh or dia more to actions-speak-louder-than-words-person. Bila berdepan situasi ni, kau kena pandai menilai manusia mana yang kau nak simpan dalam hidup kau, manusia mana kau nak buang, manusia mana yang kau nak heret humban dalam loji taik. Semua tu kau kena fikir masak-masak. Sebab kalau boleh biarlah kau berkawan dengan orang yang berguna. Yang boleh ada time susah senang kau. Yang boleh terima baik buruk kau. Yang reti nak hargai kau. Kalau kau rasa kau macam terpaksa kawan dengan someone tu, trust me. Tu bukan kawan yang sesuai dengan kau. Sebab berkawan ni dia datang dengan sendirinya. Macam kau tetiba je boleh click dengan someone tu padahal baru jumpak tak sampai 2 jam. Dah boleh sembang kencang sembang lebat macam kenal dari bayi. Kalau kau rasa kau macam salah berkawan, takyah la avoid dia pulau dia buang dia teros dari hidup dia. Belajar untuk try terima dia. Tapi kalau kau rasa macam it is one sided, tinggalkan sahaja la manusia macam tu. Biar dia duduk bawah tempurung. Kemon la katak pun reti bosan kodd kalau bertempurungan je. Sebab tu terhasilnya lagu 'Lompat si katak lompat, LOMPAT!' nyanyi benda ni sekuat mungkin ke tahap terkeluar nak tekak.

And aku baru realized something yang agak membuat guwa terkesima. Kadang-kadang kita ni terlampau terdedah dengan hiburan. social media dan gadgets to the point kita tak reti or awkward nak mampos dalam real life. Apa yang kau dapat achieve kalau kau hidup dalam social media je? Dapat followers? Dapat likes? Benda tu boleh bagi kau kenyang ke? Aku tahu apa yang kenyang kalau dapat followers likes apa bagai tu. Ego kau. Ego kau yang kenyang. Ego ni abang abang kakak kakak pakcik pakcik makcik makcik sekalian, tak menjamin kebahagiaan pun. Kadang-kadang kita terlampau mementingkan ego kita ke tahap kita dah melupakan or melukakan orang sekeliling kita tanpa kita sedar. Relax. Aku tulis benda ni untuk diri aku jugak. Nak bagi sedar diri jangan batak followers sangat. Huhuhu. So berbalik kepada topik asal kita, bila kita terlalu taksub dengan gadgets, terkejar kejar nak tengok latest movies, terhegeh hegeh nak update segala benda kat social accounts kita, pernah tak kita terfikir apa benda lagi yang kita boleh buat instead of these things? A LOT OF THINGS. You can try to have a real talk, try to open up to someone. Try to live in the moment not to capture the moment. It's worth a try. Janganlah lepas ni stop guna social medias teros. Gunalah. Tak larang pun. Tapi beragaklah ye. Jangan sampai bila orang nak start a conversation in real life dengan kau, kau kelihatan sangat awkward tahap patung kat Reject Shops lagi hidup dari kau.

So setakat itu sahaja yang dapat saya kongsikan pada kali ini. Ni pun aku curi curi tulis dalam stor tempat kerja taknak bagi kantoi dengan bos. Tapi bukannya ada orang pun kat kedai. Bukan selalu aku buat hal gini. So gerakkk luhhh paper rogerrrrr.

P/S: Aku rasa sesuatu sangat time menulis post ni dalam bilik stor ni. Macam ada yang memerhati. Semoga buta sesiapa sahaja yang skodeng aku ni. Padan muka.

No comments:

Post a Comment