Friday, 19 December 2014

Mereput.

Assalammualaikum.

Semenjak bergelar seorang lepasan SPM ini, hidup aku tak ubah seperti seorang yang lifeless. Tido pukul 1-3 pagi layan COC (Clash Of Clan, bagi player COC yang terlanjur membaca blog aku ini nama clan aku Elite Aces. Jemputlah join ye anak anak. Ana elder ana elder. Ana boleh accept. Okay pis pis.) Dah puas raid kampung orang sampai papa kedana manusia tu, aku layan pulak movie. Running Man tak mampu nak melayan sangat sebab laptop di kedai. Mampu layan DVD je. Ni pun aku update pakai komputer jiran. Konon nak belajar masak, padahal nak guna komputer. Cehh takda lah. Aku tipu je. Aku guna PC yang terletak di tengah tengah rumah dan membolehkan semua sanak saudara aku memerhatikan segala tindak tanduk aku tanpa memberikan aku secebis ruang privasi untuk diri aku ini.

So, boleh dikatakan lebih separuh daripada populasi budak batch 1997 mencari wang dengan melakukan kerja part time mahupun full time. Tapi spesies pemalas macam aku ni je yang nak memerap mereput kat rumah. Boleh dikatakan group kelas aku yang dahulunya sentiasa memekak sekarang dah senyap sunyi. Dulu kemain bising dengan berdebat ala parlimen diorang sampai naik hang phone aku masuk notification tak berenti diikuti dengan spesies yang suka main sticker kat WeChat yang hantar sticker tah pape. Nak nampak chat diorang ni semua pun time diorang ada break or time diorang dah habis kerja. Nak cakap ni, aku rindu kebisingan manusia manusia dalam group aku sekalian. 

Bukan takda orang yang nak ambil aku kerja, tapi aku je yang taknak. Pakcik kedai runcit dekat rumah aku ni merayu rayu peluk kaki aku nak suruh aku kerja tapi aku dengan selamba cakap 'NO.' Rasa femes sebentar. Sekarang ni tetiba aku rasa malas nak teruskan menaip post ini walaupun ni first post aku. Bukannya ada orang nak baca pun. Kalau ada yang baca pun mesti kaum sama taraf macam aku. Rasa macam nak krem dah tangan ni menaip lelaju. Kelajuan purata taipan aku ni semua ibarat seorang sekretari tua yang sedang mencari huruf L. Kenapa huruf L yang aku pilih? Kerana aku dah takda idea. Gelak sikit walaupun aku hambar sesangat sekarang. Aku banyak sangat berehat sampai berkarat otak rasanya. Aku rasa aku nak sambung mereput balik dalam bilik aku. Lepastu nak train kaki aku menaip. Sebab tangan aku ni dah dimamah usia agaknya. Kan best kalau boleh menaip guna gigi. Okay tak lawak. Okbai.

Btw, jangan mempersoalkan warna pink yang muncul di blog aku ni. Aku sebenarnya pemalas nak buat blogskin sendiri. Apadehal nak rerajin buat blogskin sedangkan nak cari kerja yang dapat mendatangkan hasil pada diri aku pun aku tak nak? So aku main ambik je blogskin yang simple. Seperti yang korang sedia maklum, kebanyakkan blogskin dibuat oleh wanita. So warna pink tak dapat dipisahkan. So mohon paham. Ada kesempatan In Shaa Allah aku ubah warnanya ye? Okay bye. Me lebiu. Header aku mengalami pembantutan tumbesaran. Harap maklum.




Dah terlebih mereput.

No comments:

Post a Comment